SELAMAT DATANG
RJ VILLA
MY VILLA

TERMA DAN SYARAT


TEMPAHAN

1)Tarikh akan di lock hanya selepas deposit tempahan (50%) diterima.

2)Kebersihan rumah hendaklah dijaga dengan baik. Kekotoran yang melampau atau kerosakan, kami terpaksa TOLAK security deposit 100% (RM 200.00).

3)Perkakas dapur yang telah digunakan perlu dibasuh.

4)Jangan alihkan dan pindahkan perabot dari tempat asal. Sekiranya dialihkan, diminta untuk menyusun semula perabot ke tempat asal.    

5)Sila pastikan semua sampah diikat dan diletakkan diluar.

6)Sila patuhi had kapasiti tetamu yang hadir kecuali telah mendapat persetujuan pihak Pengurusan Homestay.           

7)Waktu check in adalah jam 3.00 PETANG dan check out adalah jam 12.00 TENGAHARI.
                          
8)Set karaoke jenis kerja kahwin tidak dibenarkan kecuali disewa dari pihak Homestay. Set karaoke jenis portable connect dengan handphone dibenarkan.


PEMBATALAN TEMPAHAN

1) Deposit akan dipulangkan jika pembatalan dibuat sebelum 30 hari dari tarikh check in.    

2) Sekiranya pembatalan dibuat dalam masa 30 hari sebelum check in, deposit tidak akan dipulangkan, tetapi penukaran tarikh adalah dibenarkan.                 

3) Hanya sekali pembatalan tempahan sahaja dibenarkan,pembatalan kali kedua akan menyebabkan deposit tidak dipulangkan.


PERATURAN KOLAM RENANG

1) Dilarang sama sekali menggunakan sabun dan syampu di dalam kolam.  

2) Dilarang bermain belon air, sebarang kertas, tisu, tepung dan seangkatanya di dalam kolam.

3) Dilarang makan dalam kolam renang.

4) Dilarang melakukan aktiviti yang membahayakan semasa mandi di dalam kolam.

5) Sila jaga dan awasi keselamatan anak-anak anda semasa berada di kolam renang.

6) Kolam renang boleh digunakan 24 jam bagi tetamu yang menginap di Mukmin Homestay namun adalah dinasihatkan untuk tidak membuat bunyi yang terlalu bising selepas jam 11 malam.             

SEGALA RISIKO DAN KESELAMATAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA